Tuesday, October 28, 2025

STAR BANDAU BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PRU KE 17 SABAH

 

T.N. SHIREWIN D. PATRICK MANTAPKAN GERAK KERJA STAR BANDAU, FOKUS PENETAPAN MARKAS PDM DIIKUTI PENYERAHAN KEAHLIAN BARU

BANDAU. ISNIN, 27 OCTOBER 2025 :  Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bandau menunjukkan kesiapsiagaan jentera mereka apabila Pemangku Ketua Bahagian, Tuan Shirewin D. Patrick, mempengerusikan Mesyuarat 0.2 bahagian bagi memuktamadkan penetapan kawasan-kawasan Markas dan Sub-markas di kesemua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau.

Mesyuarat penting yang diadakan bersama Ketua-Ketua PDM dan Kepimpinan Jawatankuasa (AJK) Bahagian STAR Bandau itu menekankan perancangan rapi dan penyusunan struktur organisasi yang jelas di peringkat akar umbi. 

Tuan Shirewin D. Patrick menegaskan perlunya semua jentera di setiap PDM berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya.

"Penetapan Markas dan Sub-markas ini adalah langkah kritikal untuk memastikan setiap sudut DUN Bandau mempunyai pusat operasi yang mantap. Kita mahu pastikan tiada kawasan yang terlepas pandang dalam usaha kita mendekati dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," kata Tuan Shirewin D. Patrick.

Pada mesyuarat tersebut, STAR Bandau turut menerima suntikan moral dan kekuatan baharu apabila seramai 30 keahlian tambahan daripada PDM Mangin diserahkan. Perkembangan positif ini jelas menunjukkan peningkatan sokongan akar umbi terhadap parti di kawasan Bandau.

Suntikan semangat diberikan dengan kehadiran tokoh veteran parti, YBhg. Datuk Anita Baranting, Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek dan Ahli Majlis Tertinggi Parti STAR Negeri, yang hadir menyatakan sokongan penuh kepada bakal calon STAR dan seluruh jentera STAR Bandau.

Turut sama memberikan input strategik ialah Ketua Wiramuda Bahagian, Tuan Julson Kumpit, yang menyumbang beberapa strategi penting bagi memastikan liputan operasi yang menyeluruh di semua kawasan PDM. Sementara itu, dalam usaha mengukuhkan pemerkasaan barisan kepimpinan, Puan Jurinah Kumpit, Exco Wiranita Negeri merangkap Ketua Wanita Bahagian, turut menyatakan komitmen penuh sayap wanita dalam menggerakkan jentera parti.

Mesyuarat yang berjalan lancar ini, di samping penerimaan keahlian baru, jelas mencerminkan semangat setiakawan dan kesiapsiagaan jentera STAR Bandau yang kukuh di bawah pimpinan Tuan Shirewin D. Patrick.


Laporan Khas Daripada Penerangan dan Media STAR Negeri,

TN. JEAFSON KOROM

Artikel Pilihan

Understanding the Difference Between a Deputy Minister and an Assistant Minister in Sabah

Wednesday, 3 December 2025 Many people remain unclear about the distinction between a Deputy Minister and an Assistant Minister , often ass...