Friday, November 14, 2025

ADAKAH INI DISEBABKAN KELEMAHAN KEPIMPINAN JORDAN ATAU SABOTAJ TERANCANG?


Jumaat, 14 November 2025

Hari ini, kita sekali lagi dikejutkan dengan perkembangan baharu dari Nabawan. (Berita di sini)

Dilaporkan bahawa beberapa pemegang jawatan dalam STAR Bahagian Nabawan — termasuk Ami Talu (Timbalan Ketua Bahagian), Antan Anginsor (Setiausaha Bahagian), Agatah Michael (Ketua Wanita) serta beberapa AJK — telah hadir ke Majlis Pengumuman Calon GRS dan secara terbuka menyatakan sokongan kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan.

Semua ini berlaku sejurus selepas kekacauan yang dicetuskan oleh bekas Ketua Wiramuda STAR dan kemelut dalam STAR Nabawan sendiri apabila Ketua mereka rakus merebut kuasa di kawasan lain. Bila kita lihat rentetan peristiwa, banyak persoalan besar yang timbul.

Jordan selama ini mendakwa bahawa beliau “melaksanakan tugas dengan baik” sebagai Ketua Bahagian Nabawan. Jika benar begitu, apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Mengapa Bahagian Nabawan boleh menyimpang jauh daripada pendirian parti?

Adakah ini sekadar kegagalan mengurus Bahagian?

Atau ada sesuatu yang lebih serius sedang berlaku di belakang tabir?

Adakah ini satu usaha yang disengajakan untuk mensabotaj STAR di Nabawan, Sook dan Tulid?

Adakah Jordan sedang bergerak seiring dengan bapanya, Datuk Ellron Angin, dalam cara yang melemahkan parti di kawasan pedalaman?

Dan persoalan lebih besar — dengan siapa mereka sedang bekerjasama?

Siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan apabila STAR dilemahkan di kawasan pedalaman?

Ada rakyat Sabah yang mula bertanya sama ada pihak luar — termasuk “tuan-tuan besar dari Malaya” — sekali lagi sedang mengatur percaturan politik kita.

Dan kepada rakyat Sabah khususnya belia: sedarlah.

Kita sedang ditekan, dipecah, dan dilemahkan oleh pihak yang takut melihat kita berdiri teguh, menuntut hak kita, dan melawan penindasan ekonomi.

Mereka mahu rakyat Sabah kekal bergantung kepada bantuan kecil.

Serpihan kecil daripada poket besar yang terisi dengan hasil kekayaan negeri kita sendiri.

Hasil kita yang disedut keluar, kemudian diberikan balik sekadar “uang rokok”.

Dan kini muncul satu persoalan penting dari akar umbi:

Dari mana Jordan mendapat dana untuk bertanding sebagai calon bebas?

Adakah daripada bapanya?

Jika ya, dari mana pula sumber kewangan bapanya?

Adakah terdapat tokoh korporat berpengaruh yang terlibat?

Nama seperti “Albert Tei” disebut-sebut di kalangan pemerhati — namun hanya mereka yang tahu jawapannya.

Rakyat Tulid, Sook dan Nabawan berhak tahu perkara sebenar.

Mereka berhak kepada kejujuran.

Mereka berhak kepada pemimpin yang tidak menjual kesetiaan, tidak melompat bila tidak dapat apa yang diminta, dan tidak berkomplot untuk melemahkan parti sendiri.

Sabah telah dieksploitasi terlalu lama.

Dan apa yang berlaku hari ini perlu menjadi satu panggilan sedar kepada seluruh rakyat Sabah:

Kita sedang diserang oleh pihak yang tidak mahu melihat Sabah bangkit.

Bangkitlah.

Bersatulah.

Dan jangan biarkan masa depan kita ditentukan oleh orang luar.

Artikel Pilihan

Understanding the Difference Between a Deputy Minister and an Assistant Minister in Sabah

Wednesday, 3 December 2025 Many people remain unclear about the distinction between a Deputy Minister and an Assistant Minister , often ass...