Terus terang saja: Tulid berhak mendapat yang lebih baik.
Sudah lima tahun rakyat dipimpin oleh mereka yang naik bukan kerana kesetiaan atau pengorbanan, tetapi kerana keadaan yang kebetulan memihak kepada mereka. Kepimpinan yang tidak ditempa perjuangan, hanya muncul apabila peluang datang.
Bandingkan itu dengan Datuk Evaritus Gungkit.
Beliau adalah salah satu pengasas awal STAR di pedalaman—orang yang membina jentera di Sook dan Tulid ketika parti ini belum punya apa-apa. Ketika orang lain hanya berjanji, dialah yang bekerja. Ketika belum ada glamor, belum ada jawatan, belum ada peluang—dialah yang mengangkat bendera STAR.
Pada PRN 2018, beliau turun berjuang dan meraih 3,402 undi—satu angka besar yang membuktikan kepercayaan akar umbi. Beliau tidak menang, tetapi rakyat menunjukkan dengan jelas: Datuk Evaritus adalah pemimpin pilihan mereka.
Tetapi akibat masalah teknikal berkaitan dengan SPR, beliau dihalang daripada bertanding—bukan kerana parti tidak mahu, tetapi keadaan tidak membenarkan.
Namun selepas kemenangan, apakah balasan?
Tetapi apabila pemilihan bahagian Tulid pertama kali diadakan, Datuk Evaritus menewaskan calon YB itu sendiri—membuktikan bahawa akar umbi tidak buta. Mereka tahu siapa pemimpin sebenar mereka.
Namun beliau terus disekat, dipinggirkan dari program rasmi, dan sengaja tidak dilibatkan dalam urusan parti. Ini bukan kecuaian—ini adalah strategi terancang untuk melemahkan pengaruhnya.
Sementara itu, lihat apa yang berlaku kepada sesetengah anak muda baru yang kononnya hebat, yang begitu lantang bercerita tentang perjuangan parti—tetapi lari meninggalkan parti sebaik sahaja kehendak mereka tidak ditunaikan. Baru tidak dapat satu jawatan, terus lompat. Baru tidak dapat satu peluang, terus hilang.
Inilah perbezaan sebenar.
Akar Umbi N44 Tulid
