Pada 23 Oktober 2023, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan telah bersuara di Parlimen mengenai hak 40% Sabah.
Sabah Law Society (SLS) telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Kerajaan Persekutuan pada 9 Jun 2022 berhubung kegagalan pembayaran hak 40% hasil negeri Sabah.
Mahkamah Tinggi kemudiannya telah memberikan kebenaran (leave) kepada SLS untuk meneruskan tindakan tersebut pada 11 November 2022.
Sabah Law Society (SLS) telah memenangi kesnya apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menahan secara tidak sah hak 40% hasil negeri Sabah selama lebih 50 tahun.
Jelas Dr Jeffrey tidak pernah mendiamkan diri seperti didakwah oleh pihak lawan.
Kredit kepada tuan punya video