"Akhirnya tembelang dan hela Parti STAR yang kononya lantang menolak hubungan dengan pimpinan / parti Nasional Persekutuan terpecahkan. Ini berikutan persoalan hala-tuju Parti STAR selepas PR Sabah selesai diajukan bertubi-tubi.. Ini menunjukan Parti STAR juga wajip membina dan membangunkan hubungan dan kerjasama yang akrab dengan pimpinan peringkat persekutuan demi kelestarian pembangunan Sabah secara terangkum. Malangnya pimpinan Parti STAR kerap menimbulkan provokasi dan konfrontasi yang menyebabkan ketegangan hubungan dengan pimpinan peringkat wilayah Sabah mahupun peringkat Nasional. Ini akan menyebabkan pimpinan Parti STAR kurang diberi layanan baik dan mungkin akan "Melukut di tepi gantang" selepas pilihanraya Sabah nanti."
Kritikan terhadap Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan susulan kenyataannya mengenai kesediaan bekerjasama dengan parti dari Semenanjung selepas PRN Sabah adalah satu bentuk putar belit politik yang dangkal dan tidak jujur.
Mereka yang menuduh kononnya Dr. Jeffrey “sudah buka topeng” dan kini mahu kembali tunduk kepada kuasa Malaya jelas tidak membaca kenyataan asal beliau secara menyeluruh — atau mungkin sengaja mahu menanam persepsi salah di kalangan rakyat Sabah.
Kerjasama Bukan Penyerahan Kuasa- Dr. Jeffrey dengan jelas menyatakan bahawa sebarang bentuk kerjasama selepas pilihan raya hanyalah untuk memastikan kestabilan politik — bukan untuk menyerahkan Sabah kepada kuasa luar.
“Kami tidak akan bekerja di bawah arahan mereka. Sebarang kerjasama mesti berasaskan rasa hormat dan perkongsian tulen dalam Malaysia, tanpa mengorbankan hak dan autonomi Sabah.”
Prinsip ini jelas.
STAR dan Gerakan Sabah Baharu tidak menolak kerjasama, tetapi menolak ketundukan.
Boleh bekerjasama, tapi bukan jadi boneka.
Berbeza Dengan Pendekatan Lama Yang Gagal- Ideologi seperti yang dibawa oleh Dato Victor Paut, yang sering menegaskan bahawa kita mesti “berlembut dan jangan provoke Putrajaya”,
hanyalah cara lama yang terbukti gagal selama berdekad-dekad.
Pendekatan ini menjadikan Sabah seperti anak bawahan yang takut bersuara, walaupun kita hanya menuntut apa yang telah dijamin dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Kita dituduh “memprovokasi” setiap kali kita bersuara, padahal kita hanya menuntut hak kita sendiri.
Sampai bila kita mahu berjalan atas kulit telur, takut menyinggung perasaan Putrajaya untuk mendapatkan apa yang sepatutnya sudah lama menjadi milik Sabah?
Soalnya, adakah Putrajaya pernah minta izin kita ketika mereka menahan 40% hasil bersih Sabah selama hampir setengah abad?
Tidak! Mereka ambil tanpa rasa bersalah, tanpa rasa hormat.
Jadi mengapa bila kita menuntut semula hak kita, kita pula dituduh tidak sopan?
Kita harus sedar — sejarah membuktikan bahawa bila kita tunduk, mereka akan terus menindas.
Bila kita mengalah, mereka akan minta lebih.
Dan bila kita diam, mereka akan terus rampas hak kita tanpa ragu.
Dr. Jeffrey — Tegas, Tapi Realistik
Inilah sebabnya Dr. Jeffrey mengambil pendekatan tegas tapi realistik.
Beliau sedar bahawa Sabah perlu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, tetapi atas dasar hormat, bukan ketakutan.
Beliau menolak mentaliti “yes man” yang hanya tahu angguk kepada Putrajaya, kerana itu bukan kestabilan — itu penjajahan gaya baru.
STAR dan kini Gerakan Sabah Baharu membawa pendekatan baru:
Sabah tentukan Sabah, tapi masih bersedia bekerjasama secara bermaruah.
Ini bukan pengkhianatan kepada prinsip “Sabah for Sabahans” —
ini adalah evolusi matang dalam perjuangan politik Sabah.
Jadi kepada mereka yang cuba spin kenyataan beliau — hentikanlah politik sempit ini dan berdiri tegaklah dengan bermaruah daripada posisi melutut kamu. Kenapa kamu mengemis di tanahair sendiri?
Dr. Jeffrey bukan berubah haluan; beliau berpegang pada perjuangan asal, cuma kini dengan strategi yang lebih matang dan berpandangan jauh.
“Sabah untuk Sabahans” bukan bermaksud memusuhi Semenanjung,
tapi memastikan Sabah dihormati sebagai rakan kongsi yang setaraf,
bukan wilayah jajahan.
Berlembut tanpa tegas hanya akan mengekalkan status quo —
dan status quo itulah yang telah menafikan hak Sabah selama 60 tahun.
Cukuplah kita ditakut-takutkan dengan alasan “jangan provoke Putrajaya.”
Kita tidak provoke — kita cuma menuntut apa yang sepatutnya milik kita.
Kerana maruah negeri ini tidak boleh dijual dengan alasan “kestabilan palsu.”
#JUSTICEFORSABAH #SABAHFORSABAHAN #GERAKANSABAHBAHARU
